Kepuasan Anda Keutamaan Kami

Tuesday, 20 April 2010

Sotong tidak kecut ketika di masak

Salam semua, hari ini nak kongsi bagaimana untuk menggelakkan sotong menjadi kecut ketika di masak.
Caranya mudah sahaja, sebelum di masak, sotong yang telah dibasuh bersih direndam selama 2 minit di dalam air yang di campur sedikit cuka. InsyaAllah, sotong yang di masak kelak tidak akan menjadi kecut.

Selamat mencuba.

Friday, 16 April 2010

Memilih Sayur-Sayuran



 
  1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
  2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
  3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
  4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
  5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
  6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.

Tuesday, 13 April 2010

Nasi Beriani Special Dari De Saji Catering

Ini lah nasi beriani special dari di De Saji Catering. Untuk tempahan boleh berhubung dengan kami.

Elak Ikan Kecut Ketika Di Goreng

Ikan yang digoreng tidak akan menarik jika hasilnya menjadi kecut. Untuk mengelak itu berlaku, ambil tepung, susu segar dan campurkan dengan telur dan digaul rata.
Celupkan ikan ke dalam adunan ini dan kemudiannya digoreng seperti biasa sehingga warnanya keemasan.

Monday, 12 April 2010

Petua - Nasi Lambat Basi

Salam semua, jumpa lagi..hari nie nak kongsi mengelakkan nasi menjadi basi
  1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.

Tuesday, 6 April 2010

Petua Masakan

Salam semua,

Saja nak kongsi beberapa petua masakan hari ini.

• Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
  2. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  3. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula. 
  4.  
• Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.

Selamat mencuba.